Jumaat, 26 Jun 2009

kEbAhAgiAaN vS KetErPaksAaN……!

Seorang teman pada 17 jun lalu telah mengirimkan sms yang berbunyi….

“kita akan berasa sakit apabila melihat orang yang kita cinta bahagia bersama orang lain… tetapi kita akan lebih berasa sakit apabila orang yang kita cinta tidak bahagia bersama kita…”

Benarkah apa yang diperkatakan oleh teman tersebut? Setelah diamati, dihayati, diselidiki, banyak pro dan contranya ayat temanku itu. Jasad mana yang tidak disakiti apabila insan yang kita cintai bersama orang lain. Hati mana yang tidak rapuh melihatnya bermesra dengan ‘musuh’ kita. Tetapi, ada benarnya sekiranya kita mencintai seseorang, tapi kebahagiaan tidak pernah terbit dihatinya. Itu amat memeritkan lagi diri kita.

Persoalannya, mana satu pilihan kita? Memiliki jasad serta hatinya, atau sekadar cukup ‘dia’ dihati kita?

Aku masih lagi keliru akan hakikat ini… aku tidak dapat menerimanya sehingga kini. Sekiranya dihitung, di darab, dibahagi, sehingga hujung duniapun akan TIDAK akan dapat menerima akan hakikat ini. Seolah-olah, aku membiarkan hatiku “terbenam ke dalam perut sang belang” seandainya aku menerima kenyataan ini, iaitu cukup sekadar ‘dia’ ada dihati kita sahaja..

Walaupun hanya sekelumit pengalaman yang telah aku miliki mengenai perkara ini, namun ianya sudah cukup menyentap ragaku. Rakan-rakan sekeliling tidak memahami diriku.. dan aku tidak minta difahami walaupun seinci! Tidak pernah meminta untuk didalami hatiku! Cukuplah, sekadar berteman sebagai sahabat. Mereka sering juga menasihatiku, namun, membodohkan diri, itulah aku!

Memiliki jasad serta hatinya, itulah impian aku. Lebih penting, jiwa raganya terletak dihatiku! Tetapi, apa yang aku dapat hanyalah bayangan di dalam kegelapan malam. Aku tidak mengerti akan semua ini. Salahnya, atau SALAHKU??!!!! Jika salahku, di mana silapnya? Di mana pincangnya? Mengapa aku yang sering menjadi mangsa ketidakadilan dunia? Mangsa lakonan mereka yang berhati kudus, tapi buta jiwa!

Salahkah aku menginginkan seseorang yang bernama gadis yang kucintai itu??!!! Salahkah???!! Aku tidak meminta harta nan sejuta, aku tidak meminta tanah sekangkang kera, dan, aku tidak meminta jawatan setinggi ke syurga! Aku hanya ingin memiliki hatinya, jasadnya, keluarganya, rakan taulannya. Hanya itu sahaja! Salahkah?!

Namun, hakikatnya, keterpaksaan memaksaku untuk menerima ia seadanya. Aku reda Ya Allah! Aku reda! Mungkin inilah ujian bagiku untuk memiliki hamba-Mu yang bergelar wanita. Kini, aku hanya bersandarkan pada-Mu untuk aku mendapat kebahagiaan. Aku ruku’ kepada-Mu, aku sujud kepada-Mu, aku bertakbir menyebut nama-Mu untuk aku mendapat petunjuk-Mu. Berilah aku cahaya kehidupan-Mu, cahaya kebahagiaan-Mu kepada hamba-hamba-Mu yang hina ini. Moga dengan secebis ibadatku di sisi-Mu itu, Kau berilahku kebahagiaan bersama seorang gadis yang kini bertakhta dihatiku kini, dan selamanya......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan