Ahad, 30 Januari 2011

Wahai Pemuda, bicisan buat anda...

Wahai pemuda, baca dan fahamilah bibit-bibit kata ini....


"Sebelum kamu sentuh seorang perempuan yang kamu angkat sebagai bidadari hidupmu itu tanpa ikatan sah yang menghalalkannya, fikirlan kembali sakitnya ibu perempuan itu mengeluarkannya dari perut bersabung nyawa. Sanggup merisikokan mati, demi melahirkan seorang anak perempuan yang suci bagai kain putih, dan hari ini kamu yang muncul tiba-tiba dalam hidupnya itu, mahu mencemarkan perempuan itu?!

Tergamak kamu?

Teruskan... jika kalian cukup macho untuk membuktikan diri kalian memang tidak pernah peduli pada perasaan ibu bapa yang membawa kalian datang ke dalam kehidupan ini. Pada kesakitan dan derita mereka, pada usaha mereka memilih pakaian, makan, ubat, rumah dan pelajaran yang terbaik selama ini... kerana nafsu kalian adalah satu-satunya yang terpenting pada tika dan saat ini...

Ya, jika buayafriend dan gelifriend itu sudah berjaya membuktikan bahawa mereka saling tidak takut kepada Allah, terimalah neraka dunia sebelum NERAKA AKHIRAT."
- Saiful Islam...

Beringat-ingatlah sebelum terlambat...

Khamis, 13 Januari 2011

Aku Sudah Penat...!

AkU sUdAh pEnaT, pEnAt UtK AkU BeRkAtA-KaTa, bErsUaRa, mEnDugA, mEngHArAp, mEnaNti, mEncUbA,
naMuN aPa yAnG pEntiNg, AKU MASIH DIRIKU YANG DULU...! TidAk pErnAH mEngaLaH, mElUpA, mEnYiSiH,
AkAn SeSuaTu yAnG BerHarGa BuaT hIdUpKu!

Selasa, 4 Januari 2011

nAfAS oRaNg KotA.....

">


AMIR UKAYS - Nafas Orang Kota

Dipinggir lorong kota yg gemilang
Termanggulah seorang oh musafir
Memerhati nafas2 manusia
Kelesuan kepasrahan kepenatan

Berbisiklah sang musafir sendirian
Oh inikah dikatakan kemodenan
Sedangkan kejahilan masih ada
Pada diri generasi berilmu bertamadun dan ceria

Dilorong kota itu ada berbagai cerita
Tentang masyarakat yang hilang punca
Mereka berpusuan mencari apa-saja
Tanpa hiraukan nasib nusa bangsa

Wacana hidupmu bagaikan nista
Disebalik cahaya ada gelapnya
Moraliti keilmuan keimanan
Hanya bersalut dinama melindungi kesamaran dimata

Mengapakah kau sanggup
Mendustai yang anarki
Pandanglah pada alam
Yang semakin huru hara

Dimanakah perananmu
Untuk pertahankan bangsa agama
Yang semakin terbiar keranamu

Dilorong kota itu masih ada tetamu
Setiap siang dan malam urusan manusia
Maharajalela oh serabutnya

Dilorong kota itu masih ada sendamu
Sedang bersyair merdu terus menyusuri
Ohh fantasi ngeri sebelum nafas terhenti
Simpangan kota ini bangkitlah engkau dari mimpi-mimpi

Dilorong kota itu ada berbagai cerita
Tentang masyarakat yang hilang punca
Mereka berpusuan mencari apa-apa saja
Tanpa hiraukan nasib nusa bangsa

Dilorong kota itu masih ada tetamu
Setiap siang dan malam urusan manusia
Maharajalela oh serabutnya

Dilorong kota itu masih ada sendamu
Sedang bersyair merdu terus menyusuri
Ohh fantasi ngeri sebelum nafas terhenti
Simpangan kota ini bangkitlah dari mimpi

Isnin, 27 Disember 2010

Subsidi......

Subsidi itu penting bagi rakyat, bagi membantu keluarga kurang upaya dan berpendapatan rendah, namun, sampai bila kita harus bertongkatkan subsidi? Iya bagi org kurg berkemampuan, tapi bagi yang berkemampuan??!!! sampai bila kita harus dimanjakan??!!!!

Banyak faedahnya jika subsidi dikurangkan, tapi perlu difikirkan, kemana pula hasil pengurangan ini dibelanjakan??!!! dimainkan politik isu ini, namun integriti perlu diperkukuhkan dalam jatidiri... barulah melahirkan negara yang telus.. Menyedarkan manusia seperti meminta harimau jangan menjamu daging sebagai makanannya..

Khamis, 16 September 2010

Belacan!!!!!



Pernahkah kita terfikir akan asal usul munculnya belacan dalam kalangan masyarakat Melayu terutamanya msyarakat Melayu Melaka yang begitu sinonim....

Belacan sememangnya bahan penambah perasa yang amat menyelerakan. Namun, masyarakat kini hanya menggunakannya sahaja dalam masakan tetapi tidak tahu menahu akan sejarah mengapa namanya "belacan", mengapa belacan hanya ada di asia tenggara, mengapa ia begitu menyedapkan masakan terutamanya dalam masakan sambal tumis atau sambal belacan....



Tetapi, jangan kita lupa, jika di Melaka ada belacan Melaka, di Terengganu ada Belacan Merchang yang mempunyai sangkut paut dengan sejaah Merchang itu sendiri...

Di Kedah juga, ada belacannya yang tersendiri. Belacan yang popular di Kedah dikatakan dihasilkan di sepanjang perkampungan tepi laut Tanjung Dawai hingga ke Sanglang. Namun, sekiranya ingin mencari belacan di Kedah, singgah saja di Pekan Rabu.

Di sabah pula Kg. Binsulok adalah daerah pengeluar belacan yang terbaik Sabah di wilayah Borneo Utara ini. Rata-rata kaum wanita Binsulok mahir membuat belacan.

Belacan Melaka pula sudah sinonim Pantai Klebang dalam kalangan pelancong tempatan mahupun asing sejak 20 tahun lalu. Belacan dan cencalok merupakan makanan tradisional Melaka yang terkenal. Lebih 16 buah gerai menjual pelbagai jenis makanan tradisional Melaka di sepanjang Klebang Besar hingga ke Tanjung Kling. Kebanyakan pengunjung menjadikan belacan sebagai bahan makanan yang "mesti beli" ketika berkunjung ke sana. Malah, sekiranya pegunjung yang berkunjung ke Melaka, tidak sah sekiranya tidak membeli Belacan di situ.


Belacan yang dijual di Klebang, Melaka.

Terdapat juga peniaga belacan yang telah membuka akaun facebook untuk tempahan dan sebagainya.



Di Bukit Kapar, WAK JALI JR ENTERPRISE kepunyaan Encik Khair Ali yang mewarisi kepakaran memproses belacan dan memasarkan belacan daripada ayahnya. Sekiranya ingin merasa Belacan WAK JALI JR, berkunjunglah ke LOT 4022 Jalan Rebong, Bukit Kapar Klang atau telefon 03 33924904.

Ada juga Belacan Papar yang popular di Sabah selain di Binsulok. Belacan yang dihasilkan menggunakan kaedah tradisional bagi menjaga kualiti serta keasliannya. Semakin lama belacan tersebut diperap atau disimpan maka hasilnya akan menjadi lebih baik. Belacan Papar boleh menjangkau jangka hayat sehingga 10 tahun. Belacan Papar diedarkan ke seluruh Sabah, Brunei dan sebahagian di Semenanjung Malaysia.

Petua untuk mendapatkan bekalan belacan yang asli adalah dengan membeli belacan buatan kampung dan bukannya belacan kilang. Belacan buatan kampung adalah diusahakan sendiri oleh orang kampung. Klu bagi mendapatkan bekalan belacan asli adalah membeli di gerai-gerai tepi jalan yang tergantung-gantung tuh...! Ataupun yang berwarna kelabu atau pudar-pudar. Kalau yang berwarna merah-merah tu, tau jingga, dah dicampur dengan pewarna. Boleh mangakibatkan barah. Jadi, belilah produk kampung dan sokonglah Satu Daerah Satu Industri (SDSI).

Huh! da puas bercerita tentang sejarah belacan. Tapi, cerita ni lebih kepada produk-produk belacan yang ada di Malaysia hehehe
Puas suda mencari, google, searching, tetapi masih tidak terjumpa sejarah bermulanya pembuatan belacan ni.

Tapi usaha menjejaki asal-usul belacan akan dilakukan juga walau dengan apa cara sekalipun. Cuma, masa sahaja yang akan menentukannya....

Selamat Berbelacan!


**Maaf, sumber=sumber terlupa nak take note, anyway thanx to sumber-sumber yang berkenaan for da great info
;p

16 September....!

16 September tahun ini mencatatkan banyak sejarah dalam kamus Malaysia. Cukup rempah ratusnya. Cukup masam manisnya. Cukup bahan mentahnya. Cuma kita sahaja yang masih tidak mengerti mengapa semua ini menjadi rencah dalam masakan kita.





47 tahun penyatuan empat (4) wilayah membentuk Gagasan Malaysia, Persekutuan Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura telah melahirkan hanya MALAYSIA, iaitu Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Singapura telah terkeluar dari Gagasan akibat persengketaan yang merencatkan pembentukan Malaysia.

Namun, apa yang penting kini, kita lupakan sejarah hitam, kita tinggalkan kenangan duka silam, kita buka lembaran baru, kita gunakan rempah ratus baru. Kita mulakan hidup baru. Kita cipta sejarah baru. Tetapi dengan satu syarat, jangan sesekali kita lupakan sejarah. Kerana dengan sejarahlah kita apa yang kita ada sekarang....

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA KE-47 TAHUN!

Selasa, 3 Ogos 2010

ADAKAH KAU LUPA.......!



Sampai bilakah kita akan lupa??!!! Wahai bangsaku! Tegakkanlah Agamamu di Tanah Tumpah Darah nenek moyang mu ini. Agamamu telah dicaci dengan hinanya secara halus. Kita telah lupa segala perlakuan yang telah bangsa-bangsa lain lakukan terhadap bangsa kita di tanah-tanah haram kita di Timur Tengah. Adakah kita ingin menjadi Pengemis di Tanah Air sendiri??!!! Siapakah yang akan membela kita sedangkan Agama kita sendiri dihina, diludah, dipijak! Lupakah kita??!!

Bersatulah wahai Bangsaku yang Mulia! Tegakkanlah Agama Benarmu ini! Agamamulah yang Satu di Dunia Fana ini. Bangkitlah dari KELUPAAN yang hina ini wahai Umat Muhammad! Perjuangkanlah Agammu kita! Sedarkanlah bangsa kita!