Selasa, 18 Mei 2010

UPTOWN @ Up da Passion???!!!!

Satu lagi kisah yang Pakcik nak berkongsi, iaitu keghairahan @ nafsu. Malam yang PakciK ceritakan kisah O.K.U @ Orang Kumpul Untung sebelum ni (yakni malam tadi), sebelum tu PakciK bersama dengan ex-Mr Bos PakciK ke UPTOWN Kompleks Muhibbah, Seksyen 24 Shah Alam, park la Waja WPG XXXX kat tepi jalan diluar pagar komplek UPTOWN ni, ada la sebuah kereta Iswara kalau tak silap warna oren yang nombor platnya memang tak sempat nak ingat, Pakcik "terperasan" macam ada "benda" kat dalam kereta tu. Bila lalu kat sebelah kereta tu rupanya kelibat orang kat dalam kereta tu. ingat tuan punya kereta tu penat, so dia rehat la kat dalam kereta tu sambil-sambil tidur.

Bila makin dekat lalu sebelah kereta tu, jangkaan PakciK meleset langsung. Rupanya lelaki berbaju hijau tu tengah mencari barang yang jatuh kat dalam baju awek dia mungkin. Mungkin dengan asyik lelaki tu tak sedar akan kelibat kami (PakciK dan Mr Bos) lalu kat sebelah. bila kami limpas makin jauh dari kereta tu, baru la lelaki tu "jumpa" barang yang jatuh atau cicir kat dalam baju awek dia tu. Dengan sepantas kilat dia terus duduk dengan betul kat kerusi kereta tu.

PakciK dan Mr Bos pun berlalu tanpa mengambil apa-apa tindakan, sama ada meneruskan tontonan "Drama" tu, mahupun menyergah mereka. Biarlah mereka menanggung semua dengan "Tuhan" mereka, sama ada mereka itu Muslim, Kristian, India mahupun Buddha, tanggunglah sendiri dengan Tuhan masing-masing. Mungkin dengan kelibat kami itu mereka "tersergah" dengan sendiri. Mungkinkah mereka "Check In" di mana-mana, ataupun mereka bertaubat di Masjid berhampiran, itu PakciK kurang periksa, malah tidak mahu periksa apa yang berlaku selepas itu...

Pakcik harap sangat-sangat anak-anak muda seperti Pakcik ni (hehehe PakciK muda lagi kay!), ingatlah Tuhan banyak-banyak. Tuhan ada di mana-mana. Walaupun kita "selubung" dengan TOTO sekalipun, Tuhan tetap tahu akan perbuatan kita. Jika tidak pun, "Panglima-panglima" Tuhan ada di kiri kanan bahu kita. Mereka mencatatkan segala perilaku kita, sama ada baik mahupun buruk walaupun sebesar zarah-zarah sekalipun.....

Isnin, 17 Mei 2010

O.K.U = Orang Kumpul Untung??!!!!!

Masuk kali ini 17 mei 2010 (jam 11.15 malam) bertempat di Uptown Kompleks Muhibbah, acap kali kelihatan seorang O.K.U @ bahasa saintifiknya Orang Kurang Upaya @ lebih fokusnya kepada insan yang bergelap dunianya; Orang Buta, berlegar-legar meminta simpati agar diberikan sedikit "sumbangan@sedekah" bagi membantu insan lemah ini. Setiap kali PakciK singgah ke gerai-gerai makan mahupun restoran yang berada di sekitar bandaraya Shah Alam ini, Wajib akan didekati oleh seorang O.K.U meminta sedekah. Sama ada bersama pasangan masing-masing yang sihat tubuh badan, mahupun bersama anaknya, mungkin boleh diterima akal lagi. Namun, apa yang menghairankan PakciK adalah, ada ketikanya O.K.U ini bersama dengan seorang lagi insan bernama lelaki yang sihat tubuh badan membawa O.K.U ini mendekati pelanggan gerai makan.

Seolah-olah, lelaki ini yang "memandu" O.K.U untuk mendekati pelanggan. O.K.U ini seperti dipaksa untuk meminta sedekah. Ditarik ke sana ke sini untuk mendapatkan hasil sedekahan. Timbul persoalan di hati PakciK, "ada juga manusia yang begini". Kesian PakciK melihat O.K.U ini, ada kalanya PakciK tidak sampai hati melihat mereka, mahu sahaja PakciK member sedekah kepada mereka-mereka ini. Namun, bila difikirkan, berkemungkinan "mereka-mereka" ini datangnya dari satu "SINDIKET" peminta sedekah. Jikalau benar anggapan PakciK ini, hasil sedekahan itu akan "masuk" ke dalam poket Ketua "SINDIKET" ini...
Oleh itu, PakciK tidak memberi langsung walaupun seringgit.

Bukan tidak simpati, tetapi "hasil mengalir ke tangan yang lain", buat apa kita "memberi"???!!!!

PakciK hairan, tiadakah perkara ini menjadi isu di dalam Mesyuarat Kabinet Negara, mahupun "Kabinet" JKM sebagai badan yang mengendalikan segala hal-hal kebajikan ini. Kenapa tidak di ambil tindakan????!!!! Adakah Kerajaan ataupun JKM tidak mempunyai cukup pegawai dan kakitangan untuk mengendalikannya??!! Ataupun hal-hal kebajikan sedia ada sudah cukup memeningkan serta bebanannya sudah terlalu berat???!!!

PakciK tidak menyalahkan pihak Kerajaan, mahupun mana-mana pihak. Mungkin PakciK sendiri juga yang patut dipersalahkan kerana tidak mengambil apa-apa tindakan mahupun teguran, namun siapakah kita untuk melakukan sedemikian. Tindakan PakciK sekarang adalah "Tunggu dan Lihat". Sekiranya tiada apa-apa tindakan yang diambil, mungkin PakciK akan mengambil inisiatif untuk mewar warkan "Fenomena" ini ke pengetahuan umum. Mana tahu mungkin umum tidak menyedari akan perkara ini....

Mungkin juga PakciK tersilap mengenai perkara ini. Maafkanlah sekiranya benar PakciK telah melakukan satu "Kefitnahan" kepada insan kurang upaya ini, namun itulah hakikat yang PakciK sedar dan lihat. Sekiranya PakciK silap, perbetulkanlah kerana tiada manusia yang tidak melakukan kesilapan.

PakciK berharap sangat agar "Fenomena" melanda Bandaraya Shah Alam ini akan terjawab akan hakikatnya.....