Selasa, 18 Mei 2010

UPTOWN @ Up da Passion???!!!!

Satu lagi kisah yang Pakcik nak berkongsi, iaitu keghairahan @ nafsu. Malam yang PakciK ceritakan kisah O.K.U @ Orang Kumpul Untung sebelum ni (yakni malam tadi), sebelum tu PakciK bersama dengan ex-Mr Bos PakciK ke UPTOWN Kompleks Muhibbah, Seksyen 24 Shah Alam, park la Waja WPG XXXX kat tepi jalan diluar pagar komplek UPTOWN ni, ada la sebuah kereta Iswara kalau tak silap warna oren yang nombor platnya memang tak sempat nak ingat, Pakcik "terperasan" macam ada "benda" kat dalam kereta tu. Bila lalu kat sebelah kereta tu rupanya kelibat orang kat dalam kereta tu. ingat tuan punya kereta tu penat, so dia rehat la kat dalam kereta tu sambil-sambil tidur.

Bila makin dekat lalu sebelah kereta tu, jangkaan PakciK meleset langsung. Rupanya lelaki berbaju hijau tu tengah mencari barang yang jatuh kat dalam baju awek dia mungkin. Mungkin dengan asyik lelaki tu tak sedar akan kelibat kami (PakciK dan Mr Bos) lalu kat sebelah. bila kami limpas makin jauh dari kereta tu, baru la lelaki tu "jumpa" barang yang jatuh atau cicir kat dalam baju awek dia tu. Dengan sepantas kilat dia terus duduk dengan betul kat kerusi kereta tu.

PakciK dan Mr Bos pun berlalu tanpa mengambil apa-apa tindakan, sama ada meneruskan tontonan "Drama" tu, mahupun menyergah mereka. Biarlah mereka menanggung semua dengan "Tuhan" mereka, sama ada mereka itu Muslim, Kristian, India mahupun Buddha, tanggunglah sendiri dengan Tuhan masing-masing. Mungkin dengan kelibat kami itu mereka "tersergah" dengan sendiri. Mungkinkah mereka "Check In" di mana-mana, ataupun mereka bertaubat di Masjid berhampiran, itu PakciK kurang periksa, malah tidak mahu periksa apa yang berlaku selepas itu...

Pakcik harap sangat-sangat anak-anak muda seperti Pakcik ni (hehehe PakciK muda lagi kay!), ingatlah Tuhan banyak-banyak. Tuhan ada di mana-mana. Walaupun kita "selubung" dengan TOTO sekalipun, Tuhan tetap tahu akan perbuatan kita. Jika tidak pun, "Panglima-panglima" Tuhan ada di kiri kanan bahu kita. Mereka mencatatkan segala perilaku kita, sama ada baik mahupun buruk walaupun sebesar zarah-zarah sekalipun.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan