Khamis, 16 September 2010

Belacan!!!!!



Pernahkah kita terfikir akan asal usul munculnya belacan dalam kalangan masyarakat Melayu terutamanya msyarakat Melayu Melaka yang begitu sinonim....

Belacan sememangnya bahan penambah perasa yang amat menyelerakan. Namun, masyarakat kini hanya menggunakannya sahaja dalam masakan tetapi tidak tahu menahu akan sejarah mengapa namanya "belacan", mengapa belacan hanya ada di asia tenggara, mengapa ia begitu menyedapkan masakan terutamanya dalam masakan sambal tumis atau sambal belacan....



Tetapi, jangan kita lupa, jika di Melaka ada belacan Melaka, di Terengganu ada Belacan Merchang yang mempunyai sangkut paut dengan sejaah Merchang itu sendiri...

Di Kedah juga, ada belacannya yang tersendiri. Belacan yang popular di Kedah dikatakan dihasilkan di sepanjang perkampungan tepi laut Tanjung Dawai hingga ke Sanglang. Namun, sekiranya ingin mencari belacan di Kedah, singgah saja di Pekan Rabu.

Di sabah pula Kg. Binsulok adalah daerah pengeluar belacan yang terbaik Sabah di wilayah Borneo Utara ini. Rata-rata kaum wanita Binsulok mahir membuat belacan.

Belacan Melaka pula sudah sinonim Pantai Klebang dalam kalangan pelancong tempatan mahupun asing sejak 20 tahun lalu. Belacan dan cencalok merupakan makanan tradisional Melaka yang terkenal. Lebih 16 buah gerai menjual pelbagai jenis makanan tradisional Melaka di sepanjang Klebang Besar hingga ke Tanjung Kling. Kebanyakan pengunjung menjadikan belacan sebagai bahan makanan yang "mesti beli" ketika berkunjung ke sana. Malah, sekiranya pegunjung yang berkunjung ke Melaka, tidak sah sekiranya tidak membeli Belacan di situ.


Belacan yang dijual di Klebang, Melaka.

Terdapat juga peniaga belacan yang telah membuka akaun facebook untuk tempahan dan sebagainya.



Di Bukit Kapar, WAK JALI JR ENTERPRISE kepunyaan Encik Khair Ali yang mewarisi kepakaran memproses belacan dan memasarkan belacan daripada ayahnya. Sekiranya ingin merasa Belacan WAK JALI JR, berkunjunglah ke LOT 4022 Jalan Rebong, Bukit Kapar Klang atau telefon 03 33924904.

Ada juga Belacan Papar yang popular di Sabah selain di Binsulok. Belacan yang dihasilkan menggunakan kaedah tradisional bagi menjaga kualiti serta keasliannya. Semakin lama belacan tersebut diperap atau disimpan maka hasilnya akan menjadi lebih baik. Belacan Papar boleh menjangkau jangka hayat sehingga 10 tahun. Belacan Papar diedarkan ke seluruh Sabah, Brunei dan sebahagian di Semenanjung Malaysia.

Petua untuk mendapatkan bekalan belacan yang asli adalah dengan membeli belacan buatan kampung dan bukannya belacan kilang. Belacan buatan kampung adalah diusahakan sendiri oleh orang kampung. Klu bagi mendapatkan bekalan belacan asli adalah membeli di gerai-gerai tepi jalan yang tergantung-gantung tuh...! Ataupun yang berwarna kelabu atau pudar-pudar. Kalau yang berwarna merah-merah tu, tau jingga, dah dicampur dengan pewarna. Boleh mangakibatkan barah. Jadi, belilah produk kampung dan sokonglah Satu Daerah Satu Industri (SDSI).

Huh! da puas bercerita tentang sejarah belacan. Tapi, cerita ni lebih kepada produk-produk belacan yang ada di Malaysia hehehe
Puas suda mencari, google, searching, tetapi masih tidak terjumpa sejarah bermulanya pembuatan belacan ni.

Tapi usaha menjejaki asal-usul belacan akan dilakukan juga walau dengan apa cara sekalipun. Cuma, masa sahaja yang akan menentukannya....

Selamat Berbelacan!


**Maaf, sumber=sumber terlupa nak take note, anyway thanx to sumber-sumber yang berkenaan for da great info
;p

16 September....!

16 September tahun ini mencatatkan banyak sejarah dalam kamus Malaysia. Cukup rempah ratusnya. Cukup masam manisnya. Cukup bahan mentahnya. Cuma kita sahaja yang masih tidak mengerti mengapa semua ini menjadi rencah dalam masakan kita.





47 tahun penyatuan empat (4) wilayah membentuk Gagasan Malaysia, Persekutuan Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura telah melahirkan hanya MALAYSIA, iaitu Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Singapura telah terkeluar dari Gagasan akibat persengketaan yang merencatkan pembentukan Malaysia.

Namun, apa yang penting kini, kita lupakan sejarah hitam, kita tinggalkan kenangan duka silam, kita buka lembaran baru, kita gunakan rempah ratus baru. Kita mulakan hidup baru. Kita cipta sejarah baru. Tetapi dengan satu syarat, jangan sesekali kita lupakan sejarah. Kerana dengan sejarahlah kita apa yang kita ada sekarang....

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA KE-47 TAHUN!