Semalam selepas menonton filem Yasmin Ahmad - Talentime yang aku akan tulis review dalam minggu hadapan(kerana sedang dalam menyiapkan review dan kajian serta pemikiran yang lengkap),aku dan rakan-rakan Si Bongkok Tanjung Puteri berteduh di kedai tomyam sehingga pukul 2 pagi.
Pukul 3 ada perlawanan bola sepak,Manchester United vs Inter Milan yang sudah ditunggu-tunggu dan di nanti-nanti sejak December.Champions League yang sememangnya menjadi perlawanan tumpuan memang selalu saja ditunggu-tunggu.
Hujan yang turun dengan lebat sekali malam itu membuatkan aku jelas sekali lapar.Satu set pinggan nasi bujang(package nasi,telur dadar,sambal belacan dan timun dan sup kosong) memang tak cukup bagi aku.Ketika hujan sudahpun rintik-rintik,aku berlari ke restoran Mamak untuk makan roti canai,kerana semasa itu perut aku sudah kelaparan,disamping takut-takut hujan akan menjadi semakin lebat.
Disitulah - ada kawan-kawan seasrama sedang melepak untuk menunggu perlawanan MU-Inter tu.Sambil di dalam kesejukan hujan - air teh o panas dan roti canai kuah banjir memang senjata yang ampuh bagi menghalang kesejukan ini dari mencengkam tulang.
Diambilnya sudu dengan tangan kiri,aku terus saja menyuapkan sudu itu terus ke mulutku.Tiba-tiba ada yang menegur.
"Makan tangan kanan!"
Aku merenung tajam ke arah matanya.
"Kalau makan tangan kiri kenapa?"
"Sunnah Nabi."
"Kau bela janggut tak,kau pakai serban tak?"
"Ye la kan tangan kiri kan tangan nak cuci berak."
"Aku tak pakai tangan kiri aku pun nak cuci berak,aku guna getah hos je,apa masalah?Lagipun aku guna sudu.Lainla kalau makan pakai tangan,boleh la kau tegur."
"Ye la sudu pun,kena pakai tangan kanan."
"Kalau aku tak nak,aku nak pakai tangan kiri,dosa ke?"
"Mesti la,pasal tangan kanan tangan yang mulia."
"Kalau macam tu,tak payah la Allah cipta tangan kiri.Kalau dah hina sangat tangan kiri kau tu."
"Ada pulak macam tu.Ini soal adab."
"Siapa cipta adab?Manusia kan?"
"Habis,kau nak jadi manusia tak beradab?"
"Habis tu,kau beradab sangat ke?Haha sebenarnya korang tangan kanan ni semuanya prajudis dengan orang tangan kiri.Mentang-mentang kami ni minoriti,kau buatlah undang-undang adab lah,sunnah la,apa la.Asal kau makan,sudah.Tangan kanan kalau mencuri,merompak,merogol orang pun,berdosa gak.Tangan kiri kalau tolong orang,berpahala gak."
Sebelum perlawanan bola sepak malam tu menjadi debat perdana,lebih baiklah aku fokuskan terhadap roti canai aku tu.
Prajudis orang-orang tangan kanan terhadap orang yang bertangan kiri sangatlah tinggi.Mereka memanggil kami - pengguna tangan taik,sinister(sinistro dalam bahasa Itali bermaksud kiri,kan Ez?),perkataan "left" bermaksud ditinggalkan dalam bahasa Inggeris - apa-apa yang kiri semua dihinakan.Berfahaman kiri dianggap radikal,berfahaman kanan golongan yang mulia.
Aku nothing against orang yang bertangan kanan.Satu family aku semua tangan kanan,kecuali aku.Girlfriend aku pun tangan kanan.Si Bongkok Tanjung Puteri members semua tangan kanan kecuali aku.Aku takde masalah dengan diorang sebab diorang takde masalah dengan orang yang bertangan kiri.
Jadi golongan southpaw,lefthanders,sinistro,kidal ini - sebenarnya siapa di mata kamu semua wahai orang tangan kanan yang bersifat prajudis ini?Kenapa prajudis dengan kami?Kenapa buat dasar-dasar,undang-undang,adab-adab,sunnah-sunnah dan benda-benda ni supaya kami tangan kiri untuk mengikut kamu semua?
Kenapa buat macam ni kepada kami?Untuk mencederakan kami dengan lebih teruk lagi?
Setiap tahun kira-kira 40,000 kecederaan di seluruh dunia kerana orang kidal menggunakan peralatan tangan kanan.Termasuklah aku bila nak gunakan pisau untuk memotong untuk memasak.Gunting aku pernah guna sampai berdarah-darah tangan aku.
Langkah Ez berpersatuan kidal di Universiti dia memang langkah awal yang cukup bijak.Kita perlukan persatuan untuk mendesak para pekilang,dan para pihak industri untuk mencipta barangan yang sesuai untuk kita.Gunting untuk tangan kidal,guitar untuk tangan kidal,pisau untuk tangan kidal,pistol untuk tangan kidal - mereka wajib untuk buat benda ini untuk kita.Dan siapa lagi yang lebih baik untuk mendesak benda ini selain dari ketua kampung Amerika Syarikat - Barack Hussein Obama,seorang kidal.
Mungkin aku akan hantar usul ini kepada Lefthanders Society di Surrey untuk mendesak supaya kita tidak lagi ditindas.
Sepertimana aku menentang fatwa yang menentang perempuan,aku juga menentang fatwa menindas kaum kidal - atau lefthanders,sinistro,southpaw ini.Kami ada hak untuk hidup,dan jangan gunakan fatwa,sunnah atau segala apa undang-undang agama untuk nafikan hak kami.
Kami juga insan bernyawa yang ada maruah dan harga diri.
p/s:Bila sunnah sudah dipiuh-piuh,diputar-belitkan,maka wujudlah fatwa.Fatwa hanya pendapat,bukan arahan dari Yang Maha Esa.Tangan kiri ini juga anugerah Tuhan.Jangan caci maki tangan ini.Tangan kiri juga mulia - sama di sisi tangan kanan.
Southpaws of the world,unite!
alamat Lefthanders Society.
Left Handers Club
Sterling House
18 Avenue Road
Belmont
Surrey
SM2 6JD
UNITED KINGDOM
http://www.anything-lefthanded.co.uk
SUMBER : http://tehtarikgelasbesar.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan